Angin Ahmar
Apakah angin ahmar???
Angin ahmar atau stroke adalah kecederaan pada sistem saraf akibat keabnormalan pada salur darah. Ia berlaku biasanya secara tiba-tiba dan kesannya akan melebihi 24 jam.
Bagaimana angin ahmar terjadi ???
Angin ahmar boleh terjadi akibat dari :
1) Sumbatan dalam salur darah ke otak
2) Sekatan pada salur darah ke otak menyebabkan otak kekurangan darah
3) Pendarahan dalam otak
Apakah keluhan-keluhan dan tanda-tanda angin ahmar ???
Antaranya :
1) Lemah sebelah badan iaitu hemiplegia termasuk muka
2) Sakit kepala
3) Pengsan
Jika terjadi pada batang-otak (brain-stem)
1) Pening yang teruk
2) Muntah
3) Hilang rasa pada sebelah badan
4) Koma
5) Tidak boleh bercakap, menelan atau menggerakkan badan
Lain-lain tanda :
Hilang ingatan
Lemah ingatan
Buta
Keseimbangan terjejas dan lain-lain
Apakah yang akan doktor boleh lakukan ???
1) Periksa pesakit untuk dapatkan diagnosis sebenar
2) Melakukan penyiasatan-penyiasatan berikut :
CT scan : tengok aliran darah
Doppler scanning : tengok salur darah
Angiography : untuk aliran darah jika ada penyempitan
lain-lain :
ujian kultur darah untuk kuman
Apakah rawatan-rawatan yang boleh diberikan ???
Pembedahan :
Pelebaran salur darah yang sempit seperti carotid endarterectomy
Bypass salur darah yang sempit
Ubatan :
Rawat secara optima faktor-faktor risiko seperti darah tinggi
Pemulihan :
1) Fisioterapi : untuk lembutkan otot-otot, memudahkan bergerak
2) Terapi pertuturan : untuk mangsa yang cacat pada pertuturan