Kanser payu dara

Pengenalan :

Kanser payu dara merupakan kanser atau barah yang paling kerap meyerang wanita. Di anggarkan 1 dari 12 wanita menghadapi risiko mengidap kanser ini dalam hidup mereka. Wanita diantara umur 45 dan 55 tahun berada dalam kategori paling berisiko.

Apakah faktor penyebab kanser payu dara?

Ia terjadi mungkin akibat :

  1. Faktor geografi : wanita barat lebih kerap menghidap barah ini.
  2. Umur : Sangat jarang berlaku dibawah umur 20 tahun. Tetapi lebih kerap terjadi selepas itu.
  3. Jantina : Lelaki menghadapi risiko mendapat kanser ini sebanyak 1% saja
  4. Diet : Lebih terdedah jika makan lebih lemak dan berat badan lebih
  5. Endokrin : Lebih kerap pada wanita yang tidak pernah melahirkan anak

 

Apakah tanda-tanda mendapat kanser ini ?

  1. Ada kebengkakan pada buah dada
  2. Buah dada berubah bentuk
  3. Puting termasuk kedalam
  4. Kulit buah dada berubah seperti kemerahan dan berkedut
  5. Sakit pada buah dada
  6. Tanda-tanda akibat perebakan sel-sel barah :
  7. Bengkak kalenjar
  8. Perebakan pada dinding dada

 

Apakah penyiasatan saringan dan diagnosis untuk kanser payu dara ?

  1. Pemeriksaan sendiri payu dara (PSP)
  2. Pemeriksaan klinikal payu dara
  3. Mammografi : Xray untuk melihat tisu payu dara
  4. Ultrasound : untuk memeriksa jenis kebengkakan
  5. Biopsi : pemeriksaan secara mengambil sedikit tisu buah dada untuk pemeriksaan patologi

Peyiasatan untuk melihat perebakan :

  1. Ujian fungsi hati
  2. Skan isotop untuk melihat perebakan pada tulang
  3. Xray dada

 

Apakah rawatan untuk kanser payu dara ?

  1. Pembedahan (pada peringkat awal): samada radical atau simple mastectomy.
  2. Radioterapi : sebagai rawatan tambahan kepada pembedahan

Jika sudah teruk dan tidak dapat dibedah :

  1. Rawatan endokrin@hormon
  2. Rawatan ubat cytotoxic