Make your own free website on Tripod.com

Apakah haid yang  banyak???

Haid yang banyak dikenali sebagai menorrhagia.

 

Apakah yang akan ditentukan oleh doktor???

Doktor akan bertanya lebih lanjut mengenai kitar haid

  1. Berapa jumlah pad yang digunakan
  2. Adakah pernah mengalami masalah begini dan memerlukan rawatan dihospital
  3. Selama mana haid yang banyak itu berlanjutan
  4. Adakah ia terjadi secara berkitar atau tidak

 

Apakah keadaan-keadaan yang dikaitkan dengan haid yang banyak ???

  1. Pendarahan rahim dysfunctional
  2. Ketumbuhan rahim
  3. Fibroid pada rahim
  4. Endometriosis (tisu rahim terletak diluar rahim)
  5. Penyakit radang pelvik (PID)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD)
  7. Barah pada salur peranakan

 

Apakah penyebab yang biasa ???

  1. jika berumur kurang 18 tahun : kemungkinan faktor hormon tidak normal
  2. Antara 19-40 tahun :  Telur wanita tidak cukup
  3. > 45 tahun : kilang telur kurang berfungsi

 

Apakah rawatan yang akan diberikan???

Wanita akan diperiksa dengan teliti

Jika ada kekurangan darah merah, ini akan dibetulkan

Beberapa pilihan ada :

  1. Rawatan konservatif dengan hormon
  2. Rawatan konservatif bukan hormon
  3. Pembedahan seperti D&C atau Hysterectomy (Pembuangan rahim)

*bagi wanita umur D&C diognostik akan dilakukan

  bagi gadis bawah 18 tahunD&C tidak dilakukan