Make your own free website on Tripod.com

ANAK DALAM KANDUNGAN KURANG BERGERAK

 

Mengapa anak dalam kandungan boleh kurang bergerak ???

Anak dalam kandungan boleh kurang bergerak jika

  1. Siibu kurang perasan pergerakan anak
  2. Bayi tersebut dalam bahaya
  3. Bayi dalam kandungan sudah meninggal

 

Apakah faktor yang diambil kira???

  1. adakah anak kurang gerak atau lemah pergerakannya
  2. adakah sebarang faktor risiko yang yang boleh menyebabkan kandungan lemah atau tidak membesar (growth retardation)
  3. adakah kandungan dulu bayi mengalami kekurangan pembesaran (growth retardation)
  4. adakah kandungan sekarang siibu mengalami darah tinggi,sakit buah pinggang, kencing manis atau darah tinggi teruk?

 

APA YANG AKAN DILAKUKAN ???

1)Doktor akan memeriksa ketinggian rahim, jumlah air mentuban dan bunyi jantung bayi

penyiasatan mungkin dilakukan seperti

2)CTG - memeriksa jantung anak

jika CTG bagus, siibu mungkin dibenarkan pulang tetapi mesti merekod pergerakan anak dalam Fetal Kick Chart

jika CTG tidak bagus, mungkin bayi lemah maka siibu akan dimasuk ke dalam wad

3)Ultrasound akan dilakukan untuk lihat besar bayi dan tahap kesihatan bayi

 

BILA BAYI AKAN DILAHIRKAN ???

Jika bayi kelihatan lemah, bayi mungkin mesti dilahirkan secara 'induce' melalui vagina

Jika bayi lemah dan mengalami pembantutan pembesaran (growth retardation) bayi mungkin dilahirkan melalui pembedahan Caeserean Section